January 1, 2012

.:weLc0me 2012:.

sempena tahun baru ini
aku ingin mencoret sedikit ukiran hati
yang telah lama disemat rapi disanubari~

walau hari berganti hari
kini tahun baru silih berganti
namun hatiku tetap pada dirimu.
sayangku padamu takkan kering dek panas,
rinduku padamu sentiasa mekar bak bunga mewangi...
walau diriku ibarat sebutir pasir dipantai,
namun aku cuba untuk bertahan,
biar ombak datang melanda,
aku tetap berdiri untuk menemuimu...
walau aku tidak bersinar seperti bintang di langit malam,
aku cuba untuk menyinari dirimu yabai bulan yang bersinar..,
mencari manfaat dari cahaya matahari,
untuk memberi sinar yang menerangi malam yang gelap...
walau aku tidak mampu untuk memjanjikan kebahagiaan,
namun aku cuba untuk menjadi yang bisa membahagiakan..,
kamu~

No comments:

Post a Comment